|
Selamat Datang ke Laman SK Bandar Banting |
|
Ditulis Oleh Admin
|
|
Thursday, 26 June 2008 |
apc |
|
Kemaskini Terakhir ( Wednesday, 09 July 2008 )
|
|
Lebih lanjut...
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Wednesday, 01 August 2007 |
|
MAJLIS SAMBUTAN IHYA RAMADHAN 1429H/2008 Kita umat Islam telah menyambut ketibaan bulan yang Agong, bulan Ramadan al-Mubarak dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Kita sama-sama menyambut kehadiran bulan yang penuh dengan keberkatan dan pengampunan dosa dari Allah s.w.t. Begitu juga, bersamanya digandakan pahala amalan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan. Ramadhan terkandung seribu hikmat dan nikmat. Allah menjanjikan pahala berganda kepada mereka yang melakukan ibadah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah. Allah juga menurunkan al-Quran pada bulan Ramadhan. Justeru dengan kelebihan Ramadhan ini, Panitia Pendidikan Agama Islam mengambil kesempatan menyusun program yang bersesuaian untuk menghidupkan Ramadhan dikalangan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bandar Banting. |
|
Kemaskini Terakhir ( Monday, 08 September 2008 )
|
|
Lebih lanjut...
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Wednesday, 06 February 2008 |
| Buka Minda Bukalah Hati | Orang yang terpuji bukanlah orang yang pernah jatuh, tetapi orang yang telah jatuh dan dapat bangun kembali.
Orang yang berjiwa kecil cepat naik darah kalau dirinya dikritik, tetapi orang yang bijaksana mampu memetik hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu menganalisis serta menguji dirinya sendiri.
Tidak ada bahaya peribadi melainkan malas dan tidak ada ketinggian peribadi melainkan rajin.
Kalau anda asyik berfikir hidup ini sukar, maka sukarlah hidup anda tetapi kalau anda membina ketahanan dalam diri, maka anda akan menguasai hidup anda yang sukar itu.
Setiap orang harus dimanfaatkan menurut kemampuan mereka kerana harus diinsafi bahawa tiada seorang pun manusia yang sempurna.
Orang yang gagal dalam usahanya, masih tetap lebih baik daripada orang yang tidak berusaha sama sekali.
Tiada siapa yang boleh terlepas daripada melakukan kesilapan. Akui kesilapan anda, kesalinya dan belajar daripadanya.
Orang yang hanya tahu menerima tetapi tidak tahu memberi, tidak akan berasa bahagia di dunia ini.
Semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.
Belajar tanpa berfikir amat merugikan tetapi berfikir tanpa belajar lebih berbahaya.
Jangan menyesali kegagalan yang dialami dengan menuduh atau menyalahkan orang lain, akan tetapi akuilah sesungguhnya kegagalan itu adalah kerana perbuatan anda sendiri.
Sekiranya seseorang manusia itu tidak berfikiran jauh, dia akan menyesal dengan apa yang dilakukan.
Apabila kita tidak mampu memiliki apa yang kita suka, sukailah apa yang kita miliki. Dunia penuh dengan pertentangan. Ada penderitaan dan kebahagian, ada cahaya dan bayang-bayang, ada kelahiran dan kematian.
Barang siapa tahu akan kesalahan sendiri, dan tidak membangkit-bangkitkan kesalahan orang lain, pasti ia tidak akan dibenci oleh sesiapa pun.
Wang dan kuasa menyebabkan timbulnya penipuan di sana sini setiap hari. Tetapi, penipuan yang paling dahsyat ialah menipu diri sendiri.
| |
|
Kemaskini Terakhir ( Thursday, 17 July 2008 )
|
|
Lebih lanjut...
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Monday, 16 April 2007 |
|
Sukan Tahunan SKBB ke-5/2008
Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Bandar Banting kali ke-5/2008 telah berlangsung dengan jaya pada 29 Mac 2008.Sukan Tahunan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Hj. Hasiman b. Sidom, Adun Kawasan Morib. Berbagai acara telah dipertandingkan dan semua murid telah menyertai acara dengan semangat kesukanan yang tinggi. Berikut adalah keputusan rasmi sukan tahunan kali ke-5. | Rumah | mata | Merah (Hang Tuah)
| 268 | Kuning (Hang Jebat)
| 302 | Hijau (Hang Lekir)
| 267 | Biru (Hang Lekiu)
| 216 | Ungu (Hang Kasturi)
| 258 |
Berikut adalah olahragawan dan olahragawati sekolah sesi 2008 Lelaki : Tahun 4 - Ilman Iqbal Tahun 5 - Damodaran Tahun 6 - Harith Adli Perempuan : Tahun 4 - Rabiatul Alia Tahun 5 - Sanggari Tahun 6 - Shalini Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya. |
|
Kemaskini Terakhir ( Sunday, 06 April 2008 )
|
|
Lebih lanjut...
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Monday, 16 April 2007 |
|
LOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING 
BBA 1038 SK Bandar Banting terletak kira-kira 2 km daripada pekan Banting dan 2km juga dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat. Sekolah ini mula beroperasi pada Januari 2003. Sekolah ini terletak di kawasan perumahan yang pesat membangun serta berdekatan dengan Majlis Daerah Kuala langat , Perpustakaan Awam, Balai Polis Banting dan Hospital Daerah. |
|
Kemaskini Terakhir ( Wednesday, 23 July 2008 )
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Monday, 16 April 2007 |
|
Hakikat kebijaksanaan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” |
|
Kemaskini Terakhir ( Wednesday, 23 July 2008 )
|
|
Lebih lanjut...
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Wednesday, 16 April 2008 |
|
Sambutan Hari Guru SKBB 2008 Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menjelma, Guru-guru silih berganti, Jasamu sentiasa terpahat dihati.
Demikianlah ungkapan istimewa yang diberikan sempena menyambut hari guru peringkat sekolah 2008. Program ini dianjurkan oleh Kelab Mesra SKBB. Seramai 46 orang guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting telah diraikan oleh lebih 700 orang murid. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya, sukaneka dan acara pentas. Murid-murid tidak melepaskan peluang bersalaman sambil mengambil peluang untuk mengucapkan “selamat hari guru” kepada guru-guru mereka. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara murid, guru dan kakitangan sekolah. Tema hari guru pada tahun ini ialah “Guru cemerlang negara terbilang” amat bertepatan sekali kerana pihak kementerian telah bertungkus lumus memperkasakan profesion keguruan di negara ini. |
|
Kemaskini Terakhir ( Wednesday, 25 June 2008 )
|
|
Lebih lanjut...
|
|