| TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2009 |
|
|
|
| Ditulis Oleh geehan | |
| Saturday, 14 November 2009 | |
|
14 NOV-Unit kokurikulum SK Bandar Banting telah berjaya mengadakan Temasya Sukan Tahunan di Padang SKBB pada hari ini.Temasya yang diadakan pada jam 8.00 pagi hingga 02.00 petang dimulakan dengan perbarisan setiap rumah sukan diikuti dengan bacaan ikrar sukan.Temasya sukan pada hari ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bandar Banting En.Kamalul Azam B. Hj. Mohammad.Pelbagai acara sukaneka telah disusun melibatkan pelajar pra sekolah hingga tahun 6. Acara pada kali ini tidak melibatkan ibu bapa pelajar dan guru-guru SKBB kerana Temasya sukan diadakan secara sederhana .Rumah hijau telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.Kepada para pelajar yang berjaya mendapat hadiah,syabas & tahniah diucapkan begitu juga dengan rumah sukan yang berjaya menjadi johan..Rumah biru jangan putus asa,lain tahun cuba lagi...majulah sukan untuk negara.
|
|
| Kemaskini Terakhir ( Monday, 16 November 2009 ) |







