|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Monday, 16 April 2007 |
|
Piagam Pelanggan SKBB Bahawa Kami Warga Sekolah Kebangsaan Bandar Banting akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut: Murid - Melaksanakan 100% pengajaran yang telah dirancang.
- Memberi peluang kepada semua murid untuk meningkatkan potensi diri dalam semua aktiviti ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
- Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh kesedaran dan amanah.
- Memberikan didikan akhlak dan keimanan sedaya mampu agar mereka menjadi insan yang seimbang, menepati kehendak FPK disamping mencapai matlamat vivid an misi sekolah.
- Memberikan layanan yang adil kepada semua murid.
Memastikan murid mendapat perhatian yang sewajarnya jika berlaku kemalangan di kawasan sekolah secepat mungkin. Staf - Memastikan segala surat siaran yang diterima akan dimaklumkan kepada semua staf tidak lewat dari satu hari dari tarikh surat diterima.
- Memastikan semua staf mendapat layanan yang baik.
- Sebarang permasalahan yang timbul akan diberikan perhatian dan diselesaikan secara mesyuarah dengan secepat mungkin.
Ibu bapa · Menyampaikan keputusan ujian/peperiksaan 3 minggu selepas ujian/ peperiksaan.· Memaklumkan sebarang maklumat kebajikan/kes-kes disiplin/program-program sekolah tidak lewat sehari.· Memastikan sebarang aduan /rayuan akan mendapat perhatian dean tindakan secepat mungkin. Stakeholder - Semua aduan pelanggan akan diberi maklum balas secepat mungkin lewat dari 3 hari dari tarikh aduan diterima.
- Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPD/ JPN/KPM mendapat tindakan sebelum tarikh berakhir.
- Memastikan setiap panggilan telefon akan diangkat dalam tempoh kurang dari 10 saat.
|
|
Kemaskini Terakhir ( Wednesday, 09 July 2008 )
|