|
Ditulis Oleh geehan
|
|
Wednesday, 08 November 2006 |
|
Sekolah Kebangsaan Bandar Banting telah mula beroperasi pada tanggal 2 Januari 2004. Pada ketika itu, jumlah murid adalah seramai 344 orang, 19 orang guru dan dua orang kakitangan. Penyerahan Bangunan Sekolah Kebangsaan Bandar Banting talah dilaksanakan pada 21 Oktober 2003 antara pihak kontraktor dengan PPD Kuala Langat.Bangunan sekolah ini didirikan di atas tanah seluas 5 ekar.
Sekolah ini mempunyai tiga buah blok bangunan yang bersambung antara satu sama lain iaitu satu blok bangunan tiga tingkat, 2 blok bangunan empat tingkat dan satu blok kantin. Mempunyai kemudahan pejabat pentadbiran, bilik-bilik khas, tempat perhimpunan dan padang permainan. Pada tahun 2004,salah sebuah makmal sekolah ini telah dilengkapi dengan kemudahan komputer. Secara umumnya, sekolah ini semakin mendapat kepercayaan dan sokongan daripada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini.
Sejak mula beroperasi sehingga kini, sekolah ini masih kekal diterajui oleh seorang Guru besar iaitu En. Kamalul Azam b. Hj. Mohammad (2003 - ).
|
|
Kemaskini Terakhir ( Wednesday, 09 July 2008 )
|